Khamis, 24 Disember 2009

Cuti....

Esok aku dan suamiku mula bercuti hinggalah 3 Jan tahun depan...bukan nak ke mana tapi nak buat persiapan untuk persekolahan anak-anak, banyak lagi barang yang belum beli untuk mereka walaupun sebahagiannya suamiku dah beli... 2 orang anakku yang perempuan akan masuk asrama sebab tahun depan mereka akan mengambil peperiksaan STPM dan SPM jadi baik mereka duduk di asrama boleh beri lebih penumpuan pada pelajaran... sekolah mereka tak jauh mana depan rumah.... seberang jalan je....SMKA Maahad Hamidiah Kajang...
Anak lelaki yang seorang lagi akan mengambil periksa PMR manakala yang bongsu nak masuk tingkatan 1...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan