Jumaat, 25 Disember 2009

Balik Kampung....

Semalam aku dengan suami dan tiga orang anak balik kampung di Kelang....Paman Saion buat kenduri kesyukuran dan aqiqah cucunya, siang tu dapatlah rewang sekejap... malam kendurinya, ramai yang datang macam kenduri kahwin...di kampung memang gitu semangat silaturrahim masih utuh... dapatlah jumpa sedara mara...

Sebelah petang sebelum gi kenduri aku & suami, emak, abang dan kak yah tengok tapak projek.....bukan projek besar tapi projek buat umah ala2 chalet untuk mak di tengah2 di antara umah abangku dengan kakakku... senang mak sebab ayahda telah tiada....

Khamis, 24 Disember 2009

Erti : Sahabat & Persahabatan


ERTI : SAHABAT DAN PERSAHABATAN


*) Bagiku 5 hal yang penting dalam PERSAHABATAN :
* Memahami
* Mempercayai
* Menyayangi
* Menjaga
* Menghargai

*) Bagiku PERSAHABATAN terbuat dari:
* Kepercayaan
* Pengertian
* Kejujuran
* Ketulusan

*) Bagiku makna SAHABAT :
S esuatu yang tetap
A da meskipun
H ari akan terus berganti dan
A kan jadi harta yang
B erharga jika
A ku dan kamu
T etap berbagi saat suka dan duka

*) Bagiku SAHABAT adalah teman sejati. Bukan orang yang selalu membenarkan apa yang kita lakukan tetapi mereka yang selalu mengatakan kebaikan menurut apa adanya. Meski baik ataupun buruk tentang kita.

*) Bagiku SAHABAT SANGAT PENTING.
*) Bagiku PERSAHABATAN adalah :
* Fitrah kemanusiaan
* Membuat kita semakin baik
* Mendatangkan ketentraman
* Menambah keimanan dan ketakwaan

*) Bagiku HAK-HAK PERSAHABATAN :
* Cinta dan marah karena Allah
* Menolong saat ia membutuhkan
* Membuatnya bahagia
* Mencintai dia apa adanya
* Memaafkan kekeliruannya

Cuti....

Esok aku dan suamiku mula bercuti hinggalah 3 Jan tahun depan...bukan nak ke mana tapi nak buat persiapan untuk persekolahan anak-anak, banyak lagi barang yang belum beli untuk mereka walaupun sebahagiannya suamiku dah beli... 2 orang anakku yang perempuan akan masuk asrama sebab tahun depan mereka akan mengambil peperiksaan STPM dan SPM jadi baik mereka duduk di asrama boleh beri lebih penumpuan pada pelajaran... sekolah mereka tak jauh mana depan rumah.... seberang jalan je....SMKA Maahad Hamidiah Kajang...
Anak lelaki yang seorang lagi akan mengambil periksa PMR manakala yang bongsu nak masuk tingkatan 1...

Rabu, 23 Disember 2009

Keluargaku.....


Pusara ayahdaku yang tercinta..... cucurilah rahmatMu Ya Allah kepada ayahdaku..amin


Ibuku yang tercinta....

Aku & Suamiku.....



Anak2 perempuanku....


Anak2 lelakiku......


Tahun Baru Hijrah 1431H

Selamat Tahun Baru Hijrah 1431H kepada seluruh umat Islam.