Ahad, 28 Mac 2010

Balik kg

Semalam 27 Mac aku dan family balik kg .... dah dekat 3 minggu tak balik
sebab aku balik kg mertua pastu kerja pulak di trgg seminggu jadi tak dapat
balik kelang.

Pagi ahad suamiku memindah barang ke umah mak yang baru..... mak seronok mbanget.
aku pun dok lepak2 umah baru mak, seronok... mak pun dok baring2 sampai lena berdengkur... tandanya mak betahlah tu :)

aku lupa nak ambil gambar umah mak sebab dok leka melayan kak piah, dia singgah
tengok mak.

minggu depan aku ambiklah gambar umah mak yang dah siap tu..... tapi yang penting mak gembira dan sukak ........

Ahad, 21 Februari 2010

















umah mak dah hampir siap..........
semua dah disimen, kabinet dapur tengah buat...
aman tengah cari jubin untuk lantai. esok tukangnya
sambung buat kabinet dan pasang mangkuk tandas kot.

Sabtu, 13 Februari 2010

HILANG KEMARAU SETAHUN OLEH HUJAN SEHARI



HILANG KEMARAU SETAHUN OLEH HUJAN SEHARI bermaksud “kebaikan hilang oleh kesilapan yang sedikit“. Peribahasa ini merupakan satu kiasan terhadap sifat manusia. Kemarau ialah musim kering. Tidak ada hujan. Kita selalu mengalami kemarau yang panjang sehingga ada tempat-tempat yang kekurangan bekalan air dan telah mendatangkan malapetaka kepada manusia dan hidupan lain. Tetapi apabila tiba-tiba hujan turun seperti peribahasa di atas, walaupun sehari saja, kita terus lupa akan kemarau yang panjang itu.

Begitulah sifat manusia. Kebaikan seseorang akan hilang seperti ditiup angin apabila orang itu melakukan satu kesilapan. Pada waktu itu semua telunjuk akan dituding ke arahnya. Semua orang akan menyebut-nyebut tentang kesilapannya. Orang tidak pernah merenung sejenak untuk berfikir, mengukur atau menimbang bahawa sebenarnya kesilapan itu tidak sebesar mana jika dibandingkan dengan kebaikan yang telah dia lakukan. Sebaliknya orang terus lupa akan segala kebaikannya.



Sekiranya peribahasa ini dapat kita jadikan sebagai tamsil, hidup kita tentu akan lebih gembira dan tenteram kerana kita lebih bersedia untuk saling memaafkan. Kita juga sedar bahawa kebaikan yang begitu banyak tidak mungkin dapat dihakiskan oleh kesilapan yang sedikit. Walau bagaimanapun, supaya hidup kita lebih harmoni, elakkan diri kita daripada melakukan kesilapan. Namun manusia itu sifatnya lemah dan tidak terhindar dari melakukan kesilapan.

GENGGAM BARA API BIAR SAMPAI JADI ARANG



GENGGAM BARA API BIAR SAMPAI JADI ARANG bermaksud “Apabila kita membuat sesuatu pekerjaan yang susah, kita hendaklah bersabar sehingga mencapai kejayaan“. Itu maksud yang diberikan Sasterawan Negara, Abdullah Hussain.

Dalam peribahasa ini ada dua benda yang boleh dibincangkan: bara dan arang. Bara bererti merah (merah berapi) yang dimaksudkan kepada benda-benda yang panas (bernyala). Bara api ialah bara yang masih berapi. Arang pula ialah benda hitam yang rapuh (tidak berapi), iaitu sisa kayu yang terbakar yang dipanggil arang kayu.
Peribahasa ini kalau dilihat dari segi logiknya memang tidak masuk akal. Bara api ialah suatu benda yang panas dan menyakitkan apabila disentuh, apatah lagi hendak digenggam.

Ia sebenarnya ialah bidalan, tamsilan, ibarat atau perumpamaan. Panas api itu diibaratkan kesusahan yang perlu kita hadapi untuk mencapai kejayaan. Kita mesti bersabar sehingga kesusahan itu dapat diatasi.

Namun bagi saya, maksud itu kelihatan “lembut dan nipis”. Ya, ia betul, tidak salah cuma apa yang saya maksudkan ialah tentang penekanan dan penegasannya. “Genggam bara api biar sampai jadi arang” ialah pernyataan yang punya roh dan semangat. Apa pun cabarannya, ia tetap akan melaksanakan hasratnya dengan tekad dan nekad sekalipun terpaksa menanggung kesakitan dan kesengsaraan akibat tindakannya itu.


PELEPAH BAWAH LURUH, PELEPAH ATAS JANGAN KETAWA



Peribahasanya berbunyi “PELEPAH BAWAH LURUH, PELEPAH ATAS JANGAN GELAK“. Maksud yang diberikan secara harfiah oleh Abdullah Hussain ialah begini: “Orang muda hendaklah insaf melihat orang yang lebih tua daripadanya meninggal dunia kerana dia juga akan meninggal dunia pada suatu masa nanti“.

Tumbuhan yang berdaun tunggal seperti pisang, pinang, kelapa, nipah, kelapa sawit, tebu, nanas dan sebagainya mempunyai daun-daun yang besar dan panjang. Ia keluar dari batang pokok sepelepah demi sepelepah (tidak seperti tumbuhan yang berdaun kembar yang mengeluarkan banyak daun pada satu-satu masa).

Pangkal pelepah ini berpaut pada pokok hinggakan sukar bagi kita hendak mendapatkannya. Pelepah-pelepah ini seperti manusia juga, akan tua, layu dan mati. Apabila angin bertiup kencang, pelepah yang sudah tua dan mati itu pun akan jatuh. Pelepah-pelepah muda yang bergoyang-goyang ketika pelepah tua jatuh bagaikan mentertawakan pelepah tua.

Orang dahulu menjadikannya kiasan dengan tujuan memberi pengajaran kepada kita supaya jangan mentertawakan orang yang ditimpa kemalangan seperti kematian atau pun kecelakaan. Pada suatu masa nanti, kita juga akan menerima nasib yang sama. Setiap manusia yang hidup di dunia ini akan mati. Peribahasa ini juga biasa disebut pelepah tua luruh, pelepah muda jangan ketawa.

Jumaat, 12 Februari 2010

Pusara arwah ayahda dan umah mak ..........









Pusara ayahda tercinta
... hari ahad 7.2.2010 ..kami perbaiki pusara ayahda
batu nisan minggu depan baru siap.... jadi kami letak
batu sungai dulu...

Moga-moga Allah mencucuri rahmatNya kepada arwah ayahda
tersayang....























Umah mak dah disiling dan dibumbung......
dari jauh nampak kecik ..tapi dalam okey besar gak....



pokok kembojaku dah berbunga sulong....seronoknya

Rabu, 27 Januari 2010

UMAH MAK .........

Setiap minggu aku seisi keluarga menemankan mak di kampung dan di samping tu tengok umah mak yang sedang dibuat, dalam hati cepatlah siap...tak sabar nak tengok mak tinggal di sana.